Ahad, 20 Februari 2011


FOUNDATION-Kryolan Tv Paint Stick (Kryolan ori vs tak ori)
Kryolan ori vs tak ori

Ramai yang tanya benda yang sama.
Kryolan yang tak tahan lama, tak ori dan tak best.

Dulu org kata Kryolan belum glamour macam MAC worldwide. Hanya makeup artist yang mengenal Kryolan. Tetapi sekarang Kryolan semakin popular.. bahkan bukan saja make-up artis yg pakai malah dipakai oleh semua org.. kerana hasilnya yg memuaskan bila dipakai

Takpe mari kita berkenalan bersama-sama.

Kryolan ada yang dibuat di kilang di US, di India, untuk cut shipping cost kerana negara mereka besar. Industri perfileman mereka juga besar. Cerita hollywood, bollywood aka hindustan, cerita indonesia pari-pari ajaib pun worldwide weh.. Ramai artis nak kane mekap. So mereka kena ada kilang disana.

Malang Malaysia belum ada kilang disini. So kita tak boleh dapat Kryolan dengan harga murah.

Maka apabila Kryolan diimport dari negara-negara exchange rate atau kadar mata wangnya rendah, maka bolehla beli Kryolan dengan harga murah. Contoh kalau diimport dari India dan Indonesia.

Tapi Kryolan kat blog ni masih agak tinggi sebab diimport dari Germany dan USA yang exchange rate lebih tinggi. Dulu jer ada import dari India konon dapat cut cost.

& untuk pengetahuan semua.. Kryolan tidak ada kilang di CHINA.. n kemungkinan besar itu adalah PRODUK tiruan.. harap maklum.. anda blh melihat sendiri code no dibelakang stick... seperti contoh diatas..